Sistem DEWEY
Buku-buku bukan fiksyen di PSS SMK Bera Bandar 32 dikelas dan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Berikut diberikan secara ringkas subjek-subjek yang disusun mengikut sistem ini mengikut nombor:
000 Karya Am (General)
100 Falsafah dan Psikologi (Philosophy)
200 Agama (Religion)
300 Sains Kemasyarakatan (Social Science)
400 Bahasa (Language)
500 Sains Tulen (Pure Science)
600 Teknologi (Technology)
700 Kesenian (Fine and Decorative Arts)
800 Kesusateraan (Literature)
900 Geografi dan Sejarah Am (General Geography and History)
PERKHIDMATAN
- PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN
- INTERNET
- BINDING SERVIS
- PAMERAN BERKALA
- RUJUKAN
- SEBARAN AM
Peraturan Penggunaan PSS
PERATURAN UMUM
– Kebersihan dan kekemasan perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.
– Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di perpustakaan.
– Para pelajar dilarang membuang sampah di mana jua tempat, sila gunakan bakul sampah yang disediakan.
– Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang melakukan sebarang kerosakan yang disengajakan dengan cara membayar ganti rugi.
– Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa waktu pengajaran tanpa pengawasan guru.
PERATURAN SEBELUM MASUK
– Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
– Dilarang membawa beg sekolah dan peralatan yang tajam.
– Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P), pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kehadiran guru.
– Berbaris sebelum masuk dan keluar perpustakaan.
PERATURAN SEMASA BERADA DI PERPUSTAKAAN
– Dilarang makan dan minum.
– Dilarang membuat bising.
– Dilarang merosakkan buku, majalah dan peralatan perpustakaan.
– Dilarang mengambil / mengeluarkan buku dan majalah tanpa kebenaran.
– Pelajar yang didapati mencuri dan merosakkan buku akan diambil tindakan disiplin.
PERATURAN TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN UNTUK PEMBELAJARAN DI PERPUSTAKAAN, BILIK MEDIA DAN BILIK SAL
- Tempahan hanya dibenarkan dilakukan oleh guru sahaja dengan mengisi rekod tempahan dalam fail rekod penggunaan.
- Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik berkenaan. Guru perlu memastikan pelajar-pelajar terkawal dalam bilik berkenaan.
- Guru perlu mengisi buku rekod penggunaan dalam bilik berkenaan. Guru perlu pastikan semua suis lampu, penghawa dingin dan semua peralatan elektrik yang lain telah ditutup sebelum keluar.
- Guru perlu memastikan bilik sentiasa berkeadaan bersih dan teratur sewaktu meniggalkannya. White board yang digunakan untuk P&P hendaklah dibersihkan sebelum keluar.
PERATURAN PINJAMAN
- Semua warga SMK Bera Bandar 32 adalah secara automatik menjadi ahli Pusat Sumber Sekolah.
- Buku-buku Red Spot juga boleh dipinjam untuk tempoh 24 jam.
- Pelajar boleh meminjam 2 buah buku bagi satu-satu masa untuk tempoh selama 7 hari.
- Pengawas pusat sumber boleh meminjam 5 buah buku bagi satu-satu masa untuk tempoh 14 hari.
- Guru boleh meminjam 5 buku bagi satu-satu masa untuk tempoh selama 30 hari.
DENDA LEWAT PULANG BUKU
- RM 0.10 sehari dikenakan sekiranya pelajar lewat memulangkan buku ke PSS (setelah tamat tempoh peminjaman selama 7 hari).
- RM0.20 sehari dikenakan keatas buku-buku Red Spot yang lewat dipulangkan.
- Rasional:
memastikan para peminjam mematuhi masa dan lebih bertanggungjawab.
wang denda digunakan untuk proses baik pulih buku-buku yang rosak.
BUKU HILANG
- Peminjam harus mengganti semula buku yang dihilangkan.
- Cara gantian :
membeli semula buku yang hilang.
membayar harga buku tersebut.
WAKTU OPERASI
DIBUKA SETIAP HARI (ISNIN – JUMAAT)
7.30 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
PINJAMAN & PEMULANGAN BUKU
10.30 pg – 11.00 pg & 3.00 ptg – 5.00 ptg
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
7.20 pg – 4.00 ptg [ATAS TEMPAHAN]
No comments:
Post a Comment